Bagaimana nak lukis Mitarashi Anko dari Naruto dalam pixel art

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko

Haa jom tengok karakter mana untuk post kali ini?? Inilah dia Mitarashi Anko. Karakter dari anime Naruto, mula disiarkan dalam episod #21. Nak tahu lebih lanjut tentang Mitarashi Anko, baca post kali ini sampai habis.

Mitarashi Anko

Mitarashi Anko adalah seorang ninja pakar yang mengajar di Konohagakure Academy. Ketika menjadi ninja bertaraf Genin, Anko telah mendapat perhatian daripada Orochimaru lalu dia telah diajar oleh Orochimaru beberapa teknik ninja miliknya. Setelah itu, Anko telah digunakan oleh Orochimaru sebagai bahan eksperiment. Daripada 10 subjek yang dijadikan bahan eksperiment, hanya Anko sahaja yang terselamat.

Hasil daripada eksperiment itu, Anko membenci Orochimaru dan berusaha meninggalkan dia. Disebabkan Anko adalah bahan eksperiment yang bernilai, Orochimaru telah mengubah memorinya tentang apa yang terjadi terhadap dirinya. Selepas itu, Anko telah nekad untuk menewaskan Orochimaru dan menghalang dia dari terus berbuat kejahatan. Dia sering menyalahkan dirinya apabila dia tidak dapat membunuh Orochimaru ketika dia bertemu dengannya.

Ketika Perang Dunia Ninja ke-4, Anko telah ditugaskan untuk mengesan Yakushi Kabuto yang sebelum ini merupakan orang kanan Orochimaru. Anko juga mempunyai tanda hasil daripada eksperimen yang dilakukan oleh Orochimaru, daripada tanda ini Orochimaru telah dibangkitkan semula oleh Uchiha Sasuke bagi membantu Sasuke dalam hal abangnya.

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko
Pixel Art

Untuk melukis Mitarashi Anko, mula - mula sekali saya akan mencari gambar - gambar reference serta pose yang sesuai untuk karakter ini. Terdapat banyak cara yang korang boleh gunakan, tapi yang paling saya minat ialah melalui anime. Sambil - sambil tengok anime, kita screenshot, hehehe. Selepas itu, saya akan mula melakar silhouette yang saya pilih dan saya akan membentuk bahagian - bahagian badan karakter.

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko reference image

Seterusnya, saya akan melukis bahagian - bahagian yang kecil, seperti mata, mulut, kasut, tali pinggang dan lain - lain. Setelah selesai semua ciri - ciri yang terdapat pada badan karakter, saya akan menentukan arah cahaya yang akan terkena ke atas lukisan yang dilukis. Ini dapat membantu saya menentukan arah bayang yang ada pada watak ini. Sekiranya terdapat posisi yang tidak seimbang saya akan membaikinya dalam proses ini.

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko process image
Proses Silhouette

Akhir sekali, proses 'touch up' kepada lukisan ini saya lakukan kepada bahagian - bahagian yang saya tengok agak pelik. Dalam proses ini, saya mengambil masa selama 1 jam 30 minit bagi menentukan lukisan serta pose yang saya pilih tidak nampak begitu ganjil. Saya telah sediakan gambar proses yang saya lalui ketika melukis karakter Mitarashi Anko dalam pixel art. 

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko process image
Proses membentuk bahagian badan

Proses melukis Mitarashi Anko

Akan datang...

Jadi untuk post yang akan datang, saya sudah ada list karakter yang nak dilukis. Kalau korang ada karakter Naruto yang korang nak saya lukis, korang boleh komen di ruang komen di bawah dan saya akan cuba post tentang karakter berkenaan. Kalau korang nak tahu perkembangan blog saya dengan lebih cepat, korang boleh je klik butang 'Follow' dekat sebelah kanan blog ini. Hihihi

Jumpa lagi untuk post yang akan datang!!

Bagaimana nak lukis Rasa dari Naruto Shippuden dalam pixel art



pixel art naruto characters Rasa

Hai korang semua !! Lai - lai !! Haa bagi post kali ini kita akan tengok tentang Rasa dan proses yang akan dilalui untuk melukis watak ini. Agak - agak korang la siapa Rasa ni?? rasa..hurm rasa..rasa sayang hei rasa sayang sayang hei~~ bukan yang tu ok teman - teman, nak tahu siapa Rasa ni jom baca post ni sampai habis.

Rasa

Rasa merupakan Kazekage ke - 4 kepada Sunagakure. Dikenali di atas kebolehan dia mengawal debu - debu emas. Kampung dia telah ditekan dari segenap sudut seperti masalah ekonomi, peperangan dan sebagainya menyebabkan dia terpaksa mengambil tindakan yang drastik bagi memperkukuhkan Sunagakure. Dia telah memasukkan Shukaku berekor satu ke dalam badan anaknya, Gaara ketika dia masih dalam kandungan lagi.

Akibat tindakan ini, isterinya Karura meninggal dunia ketika melahirkan Gaara dan Gaara lahir dalam keadaan pra - matang walaupun Rasa berhumpas - pulas berusaha menyelamatkan nyawa isterinya. Rasa telah mengajar ninjutsu kepada Gaara dan melantik Yashamaru sebagai penjaga Gaara. Rasa juga telah mengasingkan Gaara dengan adik beradiknya yang lain. Ini telah menyebabkan Gaara sering dilihat berseorangan dan sering bersedih.

Setelah kematiannya, Rasa telah dibangkitkan semula oleh Kabuto Yakushi dalam Perang Dunia Ninja Ke - 4. Dia telah ditewaskan oleh Gaara, yang mana ketika itu, Shukaku berekor satu sudah tidak ada dalam badannya. Dia telah memberitahu Gaara bahawa dia telah mengarah Yashamaru bagi membunuh Gaara ketika dia masih kecil, walaupun Yashamaru begitu sayang kepada Gaara kerana kakaknya, Karura begitu menyayangi Gaara. Dia telah menyatakan kekesalan di atas apa yang dia telah lakukan terhadap Gaara.

 Pixel Art

Mari kita beralih pula kepada macam mana nak melukis watak Rasa ni. Pertama sekali korang perlu buat satu reference image bagi membantu korang melukis dalam posisi yang dikehendaki. Reference image ini bukan satu proses yang kena anda buat, tapi proses atau langkah ini akan membantu korang melukis dengan elok, seperti mana ia telah membantu saya. Kalau korang tak nak buat pun tak apa.

Jadi banyak kaedah yang korang boleh lakukan bagi membuat gambar reference, salah satunya korang search je nama Rasa ni dalam Google dia akan terus keluar. Lagi satu korang boleh tengok anime Naruto Shippuden dan korang screenshot je mana yang ada muka - muka Rasa ni dan paste dalam satu file. Jadi selepas korang guna cara ini atau pun korang cara korang tersendiri, maka dah dapatlah korang satu gambar reference. 

Oh! sebelum terlupa, korang dah boleh start mencari mana pose - pose yang korang nak lukis dalam lukisan korang tu nanti. Yang ni gambar reference yang saya sudah siapkan sebelum nak lukis watak Rasa ni.

pixel art naruto characters Rasa reference image

Seterusnya, korang dah boleh mula melakar posisi yang hendak dilukis dalam bentuk silhouette. Dalam proses ini korang sudah boleh menetapkan arah cahaya yang akan dilukis di dalam lukisan. Selepas itu, korang boleh membentuk ciri yang terdapat pada watak Rasa, seperti rambut,  baju, beg kaki, botol air dan lain - lain melalui warna yang korang sudah pilih.

Sesudah korang buat semua tu, bermula lah sesi mencantikkan lukisan, mungkin sekali adjust tak nampak cantik, korang adjust la 2 atau 3 kali pun, sehingga korang rasa suka dengan lukisan korang. Kalau korang suka terhadap lukisan korang, tapi orang lain tak suka, abaikan hahaha sebab korang dah berpuas hati terhadap apa yang korang dah lukis. Tapi kalau ada orang bagi nasihat untuk improve korang punya skill, haa yang tu boleh ambik.

Gambar dekat bawah ni adalah proses yang terlibat dalam melukis karakter Rasa dari Naruto Shippuden.


Akan datang..

Jadi untuk post yang akan datang, saya sudah ada list karakter yang nak dilukis. Kalau korang ada karakter Naruto yang korang nak saya lukis, korang boleh komen di ruang komen di bawah dan saya akan cuba post tentang karakter berkenaan. Kalau korang nak tahu perkembangan blog saya dengan lebih cepat, korang boleh je klik butang 'Follow' dekat sebelah kanan blog ini. Hihihi

Jumpa lagi untuk post yang akan datang!!


pixel art naruto characters Rasa

Bagaimana nak lukis Uchiha Sarada dari Boruto: Naruto Next Generation dalam pixel art


Hai korang semua!! macam mana hari korang hari ni?? OK k KO?? apa - apa pun semoga korang ceria - ceria selalu hendaknya, untuk hari ini kita akan tengok post tentang macam mana nak lukis karakter Uchiha Sarada dalam pixel art dari anime Boruto: Naruto Next Generation. Sebelum tu meh kita baca serba sedikit tentang siapa Uchiha Sarada ni.

Uchiha Sarada

Uchiha Sarada merupakan seorang ninja daripada Konohagakure. Dia adalah anak kepada Uchiha Sasuke dan satu - satunya pewaris kepada Puak Uchiha. Sarada dibesarkan dalam keadaan ayahnya tidak ada bersamanya, menyebabkan timbul perasaan ingin tahu tentang hubungan di antara ayah dan ibunya, Haruno Sakura. Setelah ibunya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, Sarada memulakan pencarian mencari ayahnya.

Dalam misi mencari ayahnya, dia mengikuti Uzumaki Naruto yang merupakan Hokage ke-7 dalam perjalanan menemui Uchiha Sasuke. Ketika dalam perjalanan, Uchiha Sarada bersama seorang lagi kawannya, ChoCho telah diserang tapi berjaya diselamatkan oleh Hokage mereka. Setelah bertemu dengan ayahnya dia berhasrat untuk menjadi Hokage supaya suatu hari nanti dia dapat menyelami hati semua orang di kampungnya.

Uchiha Sarada merupakan seorang yang baik hati dan berani, dia juga amat ditakuti oleh kawan - kawannya sekiranya dia dalam keadaan marah. Dia selalu berdebat dengan Uzumaki Boruto kerana sifat Boruto yang selalu terburu - buru. Dia selalu dilihat memakai cermin mata berwarna merah.

Pixel Art

Seterusnya kita akan lihat proses yang dilalui untuk melukis karakter Uchiha Sarada. Seperti biasa, gambar reference serta pemilihan posisi karakter diperlukan bagi memudahkan saya untuk melukis karakter - karkater ini. Banyak cara yang korang boleh buat untuk mendapatkan gambar reference bagi watak Uchiha Sarada. Sebabnya watak ini merupakan karakter yang banyak memainkan peranan dalam anime Boruto: Naruto Next Generation.


Gambar di bawah adalah gambar - gambar reference dan posisi karakter yang telah dipilih. Bagi setiap lukisan yang telah dilukis dalam post - post sebelum ini, saya telah memilih saiz kanvas yang berukuran 150 x 150 pixel. Saiz ini merupakan saiz yang agak besar, bagi korang yang baru nak belajar pixel art, korang disarankan untuk melukis di dalam kanvas yang bersaiz kecil, sekurang - kurangnya 8 x8 pixel.


Proses seterusnya dimulakan dengan melakar silhouette posisi yang saya pilih. Lakaran ini akan membantu saya melakar ciri - ciri yang terdapat pada karakter yang akan dilukis. Setelah itu, saya akan mulakan membentuk bahagian - bahagian yang terdapat pada karakter itu seperti muka, rambut, badan dan kaki. Apabila selesai membentuk bahagian - bahgian tadi, saya akan mula memperelokkan lukisan saya bermula daripada atas sehingga ke bawah. 

Tip: Elakkan menggunakan warna background putih ketika melukis.

Kenapa saya mulakan dari bahagian atas kerana, bagi saya wajah karakter memberi impak yang besar ke atas sesuatu lukisan. Dalam proses melukis watak ini, saya mempunyai kesukaran dalam menentukan ketinggian karakter, jadi saya terpaksa mengubah ketinggian karakter bagi menampakkan bahawa karakter ini mempunyai bentuk badan yang ramping. Proses ini dari awal hingga ke akhir akan berterusan sehinggalah saya berasa selesa dengan lukisan yang dilukis.

Gambar di bawah menunjukkan proses melukis yang saya lalui bagi melukis karakter kali ini iaitu, Uchiha Sarada:


Akan Datang...

Jadi untuk post yang akan datang, saya sudah ada list karakter yang nak dilukis. Kalau korang ada karakter Naruto yang korang nak saya lukis, korang boleh komen di ruang komen di bawah dan saya akan cuba post tentang karakter berkenaan. Gambar di bawah adalah gambar Uchiha Sarada dalam versi chibi, sebagai hadiah untuk korang guna dalam website korang. Kalau korang nak tahu perkembangan blog saya dengan lebih cepat, korang boleh je klik butang 'Follow' dekat sebelah kanan blog ini. Hihihi

Jumpa lagi untuk post yang akan datang!!

Bagaimana nak lukis Taisa Amagiri dari Naruto Shippuden: Kizuna Drive dalam pixel art


Amagiri Taisa's picture
Hello semua!! semoga korang dalam keadaan baik - baik harapnya. Post kali ini kita akan tengok karakter dari permainan video Naruto Shippuden: Kizuna Drive, Amagiri Taisa. Kalau korang nak tahu siapa dia ni, jom baca post ni dengan lebih lanjut.

Amagiri Taisa

Amagiri Taisa adalah seorang ninja dari Puak Amagiri yang berasal dari Yumegakure dan merupakan anak kepada Gensui  Amagiri. Dia adalah seorang ninja yang setia dan berazam untuk membalas dendam ke atas sahabat perjuangan dia serta ayahnya yang dianggap mati dalam kejadian serangan oleh Kyuubi palsu. Dia merupakan seorang yang cekal dan bersemangat tinggi. Dia juga dianggap ninja yang hebat jika dilihat pada umurnya kerana dapat menghasilkan serangan yang kuat.

Taisa adalah seorang remaja yang berambut perang, serta mempunyai beberapa tanda merah di mukanya. Dia juga memakai pakaian seakan - akan samurai, serta memakai alas kepala yang mempunyai lambang sabit berwarna kuning di atas nya. Taisa juga mahir dalam serangan menggunakan racun serta serangan tanpa menggunakan senjata. Taisa juga mempunyai teknik bertukar(Transformation technique) menjadi kumbang bertanduk yang dapat melepaskan serangan berbentuk kilat.

Setelah dia mengetahui bahawa ayahnya, Gensui Amagiri masih hidup, Taisa dan yang lain tidak dapat menerima kenyataan tersebut, setelah ayahnya keluar dari persembunyian, Taisa telah diminta untuk membunuh rakan seperjuangannya namun dia tidak sanggup berbuat demikian. Setelah itu, ayahnya telah menukarnya kepada Matatabi palsu dan dia telah ditewaskan oleh Naruto.

Pixel Art

Dalam melukis karakter Taisa Amagiri, saya akan mencari gambar reference supaya memudahkan saya untuk melukis karakter dalam berbagai - bagai posisi. Saya gunakan Youtube untuk mencari gameplay bagi Naruto Shippuden: Kizuna Drive bagi mencari gambar reference Taisa Amagiri. Seterusnya saya akan mula mencari posisi yang saya berkenan. Gambar di bawah adalah gambar reference yang saya sudah kumpulkan.

Amagiri Taisa's reference image

Berdasarkan gambar reference yang telah dibuat, saya akan mula membentuk posisi yang dikehendaki dengan menggunakan teknik 'silhouette'. Setelah itu saya akan mula membayangkan arah cahaya yang akan membentuk ke atas lukisan. Ketika berada di dalam proses ini saya tersilap menggunakan 'silhouette' bagi karakter Uchiha Sarada lalu mengambil yang agak lama untuk membetulkan pose bagi karakter Taisa Amagiri.

Seterusnya saya akan membentuk ciri - ciri yang terdapat pada karakter ini, seperti, alas kepala, baju samurai, aksesori bulan sabit, dan lain - lain. Setelah itu, saya akan mula mewarnakan karakter yang dilukis dan mula menetapkan arah cahaya yang terkena ke atas lukisan. Proses ini akan berulang - ulang sehingga lukisan yang dilukis tadi, selesai seperti mana yang dikehendaki oleh saya.

Chibi version of Amagiri Taisa
Chibi version of Amagiri Taisa


Di sini juga saya sertakan, gambar proses lukisan pixel bagi karakter Amagiri Taisa:

Amagiri Taisa's process gif

Akan Datang..

Jadi untuk post seterusnya, karakter yang dipilih masih lagi dalam proses. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal dan juga kreatif. Jadi semoga anda terhibur dengan post kali ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik. See you next time!!

Bagaimana nak lukis Menteri Jahat dari Tanah Teh dalam pixel art


Evil minister pixel art

Hello korang!! macam mana hari ini ?? Semoga ceria - ceria selalu hendaknya, hari ini admin kena masak ikan singgang dengan ikan goreng, jadi petang nanti kita tengok rasa dia macam mana, hahaha. Baiklah untuk kali ini kita akan tengok post tentang Menteri Jahat dari Tanah Teh(Land of Tea) dalam anime Naruto. Haa kalau nak tahu siapa dia ni, korang kena baca sampai habis la post kali ini, semoga korang terhibur.

Menteri Jahat dari Tanah Teh

Watak Menteri Jahat adalah seorang tua, dan mempunyai rambut berwarna perang serta mempunyai misai yang ciput. Dia memakai topi kecik berwarna gelap dengan tali putih yang diikat di bawah dagunya.

Watak Menteri Jahat disiarkan di dalam anime Naruto pada episod yang ke-102, ketika pertandingan berlangsung di antara Keluarga Wagarashi dan Keluarga Wasabi bagi menentukan siapa yang berkuasa di atas kawasan bandar mereka. Dia berpakat dengan Keluarga Wagarashi supaya Keluarga Wagarashi dapat terus berkuasa di bandar itu. Di akhir episod, kesalahan Menteri Jahat telah dibongkarkan oleh pemerintah Tanah Teh(Tea Daimyo), dia telah disabitkan kesalahan menerima rasuah dan menipu bagi memberi kemenangan kepada Keluarga Wagarashi.

Dalam episod ini, kemenangan telah berpihak kepada Keluarga Wasabi yang diwakili oleh Idate Morino. Keluarga Wasabi telah diberi kuasa untuk memerintah bandar mereka.

Pixel Art

Seperti biasa, bagi melukis sesuatu watak, saya akan cari gambar reference bagi watak. Kali ini, reference bagi watak Menteri Jahat diambil daripada anime Naruto. Jadi saya tengok anime Naruto, dan buat screenshot bagi watak Menteri Jahat ni. Selepas itu, saya akan mula mencari posisi yang akan saya gunakan untuk melukis watak ini. Korang boleh lihat gambar reference yang telah saya buat dalam gambar di bawah.

evil minister reference image

Setelah ditentukan posisi yang dikehendaki, saya akan mula melukis dan seterusnya menentukan arah cahaya yang akan menimpa ke atas watak yang dilukis. Apabila siap lakaran kasar yang dibuat, saya akan mula membentuk ciri - ciri yang terdapat pada watak Menteri Jahat seperti, topi, rambut, muka, jubah, kain dan lain - lain. Proses ini membantu saya menentukan lukisan akhir bagi watak yang dilukis. Sekiranya saya tidak berpuas hati dengan lakaran awal tadi, jadi saya akan mula balik dari awal.

Apabila saya sudah berpuas hati dengan lakaran kasar yang dibuat, saya akan mula mengemas lukisan bermula dari kepala sehingga ke kaki, kalau korang nak mula dari bawah pun boleh, atas keselesaan masing - masing. Setelah selesai proses ini, maka bermulalah proses menentukan arah bayang ke atas lukisan yang dilukis. Jadi proses ini, akan saling berulang - ulang sehinggalah saya berpuas hati dengan lukisan akhir.

Saya telah sediakan proses lukisan ini dibuat dalam gambar di bawah, semoga korang terhibur !!

evil minister process image

Akan datang

Bagi lukisan yang akan datang, admin masih mencari karakter yang hendak dilukis. Pixel art boleh dilukis dengan berbagai gaya. Lukisan seterusnya mungkin akan mengambil masa seminggu atau lebih. Jika korang terhibur dengan post kali ini, cuba la korang share dekat member - member mana tahu diorang suka baca post ni. Jadi jumpa korang dalam post yang akan datang, Cheers !!

Bagaimana nak lukis Kitane dari Naruto Shippuden dalam pixel art


Kitane from Naruto Shippuden

Hai !!! Berapa lama dah ni tak post ?? Sorry korang so busy la. Tapi xpe, kita baca post untuk kali ini dulu. Kalau korang ada nak tanya apa - apa boleh tanya dekat comment ok. Jadi kali ini post tentang Kitane dari anime Naruto Shippuden, jom baca!!

Kitane


Kitane merupakan satu watak dari anime Naruto Shippuden, watak Kitane mula ditayangkan pada episod 66. Dia adalah salah satu daripada anggota 12 Ninja Pelindung(12 Guardian Ninja) yang bersumpah untuk melindungi pemerintah Negara Api (Land of Fire). Mayat Kitane telah dicuri oleh Pencuri mayat, dan telah digunakan oleh Pencuri Mayat untuk dijadikan sebagai boneka. Dia merupakan kawan seperjuangan kepada Sarutobi Asuma. Kitane merupakan seorang ninja yang berhati - hati dan teliti, dia tidak akan melakukan sebarang serangan tanpa pengamatan yang mendalam terhadap situasi yang berlaku. Kitane mempunyai rambut yang berwarna coklat dan memakai jacket berwarna biru, dan selalu dilihat bersama tongkat besi kepunyaannya. Tongkat besinya digunakan sebagai senjata yang dapat mengalirkan arus eletrik.

Pixel Art

Bagi melukis watak Kitane, saya akan mencari gambar reference yang dirasakan sesuai dengan watak Kitane. Selepas itu, saya akan mula mencari pose - pose yang menarik dan seterusnya saya akan mula melakar posisi yang telah ditetapkan. Bermula dari situ, saya akan tentukan arah cahaya yang akan terkena ke atas watak yang dilukis, cara ini dapat membantu si pelukis untuk menentukan arah bayang yang akan dilukis.

Kitane's reference image


Selepas selesai melukis posisi dan penentuan arah cahaya, saya akan mula membentuk ciri - ciri yang terdapat pada watak seperti rambut, baju, seluar, aksesori, tongkat dan lain - lain. Selepas itu, saya akan mengemaskan lukisan, saya akan bermula dari atas sehingga ke bawah kerana bahagian atas merupakan bahagian yang senang. Dalam proses melukis watak Kitane, proses yang memakan masa adalah ketika mahu melukis bahagian wajah Kitane, kerana ruang wajah yang begitu kecil.

Setelah selesai mengemas lukisan, saya akan mula menentukan bayang - bayang yang terdapat pada watak, proses ini akan berterusan sehinggalah saya rasa berpuas hati dengan lukisan itu. Gambar di bawah adalah proses saya melukis watak Kitane.

Kitane's drawing process


Akan Datang..

Jadi untuk post seterusnya, saya sedang tengok karakter mana pulak untuk dilukis. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Jadi korang mungkin akan tengok post saya ni seminggu sekali. Selain itu, korang mungkin akan tengok lukisan pixel art yang saya post ada macam - macam style, sebabnya sesuatu lukisan mempunyai style dia masing - masing, bukan pixel art saja tapi seni lukisan yang lain juga. 

Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal yang kreatif melukis karakter, objek atau suasana dalam kanvas yang bersaiz kecik. Jadi semoga anda terhibur dengan post kali ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik.

Note:
[Open for commission]
- 150 x 150 px (characters only)
- $ 40
- Pay Pal only

Bagaimana nak lukis Gantetsu dari Naruto dalam pixel art

Gantetsu from Naruto
Hello semua!! macam mana keadaan korang ? kali ini kita akan tengok satu karakter yang bernama Gantetsu dari anime Naruto. Jadi untuk tahu lebih lanjut jom kita baca tentang watak ini dalam bab seterusnya.

Gantetsu

Karakter Gantetsu mula ditayangkan dalam anime Naruto pada episod 209. Dia merupakan seorang ninja pelarian (missing - nin) dan merupakan ahli kumpulan penjahat yang bernama Shinobazu. Kumpulan penjahat ini beroperasi di dalam Land of Forest dan mereka menyerang penduduk di kawasan itu dan membunuh semua ahli keluarga mereka bagi mengelakkan sebarang balas dendam.

Ketika berada di dalam kumpulan tersebut, Gantetsu mula timbul perasaan bersalah di atas setiap perbuatan yang telah mereka lakukan, oleh itu, dia telah berusaha menyelamatkan kanak - kanak yang mereka serang secara sembunyi - sembunyi. Walaubagaimanapun, kehilangan ibu bapa yang dihadapi oleh kanak - kanak ini akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka, atas sebab itu dia berhasrat untuk menamatkan operasi yang dilakukan olem kumpulan Shinobazu.

Gantetsu telah menyembunyikan setiap kanak - kanak yang dia selamatkan di dalam hutan, dan mencuri harta kumpulan Shinobazu bagi tujuan menyara mereka semua. Setelah itu, dia membuatkan ahli kumpulannya  menyangka bahawa dia telah ditangkap dan membuatkan mereka mencari dia bagi mengetahui lokasi harta yang disimpannya. Dia berhasrat dengan berbuat demikian, ahli kumpulannya yang lain akan ditangkap dan operasi kumpulan Shinobazu dapat ditamatkan. Walaubagaimanapun, dia tahu bahawa dia tidak akan dapat menebus semua jenayah yang telah dia lakukan.

Gantetsu mempunyai badan yang tegap dan sasa, dia mempunyai rambut yang berwarna hitam dan mata yang berwarna kelabu. Gantetsu mempunyai tenaga yang kuat sehingga dia dapat membengkok dua batang besi dalam satu - satu masa. Dia juga mempunyai daya arah yang tinggi, dia dapat mengetahui selok belok di dalam hutan.

Pixel art

Dalam proses melukis pixel art bagi watak Gantetsu, saya mula mencari gambar - gambar reference bagi karakter ini. Cara yang paling cepat sekali ialah melalui  carian Google, selain itu anda boleh juga cari gambar reference melalui siaran anime Naruto. Selepas saya dapat apa yang saya nak, saya mula mencari pose - pose karakter yang sesuai. Setelah itu saya mula melukis posisi yang telah saya tentukan.

Gantetsu reference image
Setelah selesai melukis posisi karakter, saya tentukan arah cahaya yang akan menimpa ke atas karakter yang dilukis. Ini penting supaya pencahayaan ke atas karakter menjadi serasi. Kemudian, saya akan melukis bahagian - bahagian badan karakter kepala, tangan, kaki, dan lain - lain. Seterusnya, saya akan mula melukis bahagian - bahagian yang kecil, saya mulakan dari bahagian kepala, dari situ saya akan lukis rambut, mata, hidung dan mulut, selain itu saya akan terus warnakan bayang - bayng bagi bahagian tersebut.

Setelah selesai bahagian kepala, saya teruskan ke bahagian badan, tangan dan akhir sekali ke bahagian kaki. Bagi bahagian kaki, posisi yang saya pilih amat mencabar, di sini saya mengambil bahagian yang lama untuk mendapat posisi yang betul. Di bawah saya letakkan proses penghasilan karakter Gantetsu dari anime Naruto.


Gantetsu process image

Akan datang

Bagi lukisan yang akan datang, saya masih mencari karakter yang hendak dilukis. Pixel art boleh dilukis dengan berbagai gaya. Lukisan seterusnya mungkin akan mengambil masa seminggu atau lebih. Jadi jumpa korang dalam post yang akan datang!!