Hello semua!! semoga korang dalam keadaan baik - baik harapnya. Post kali ini kita akan tengok karakter dari permainan video Naruto Shippuden: Kizuna Drive, Amagiri Taisa. Kalau korang nak tahu siapa dia ni, jom baca post ni dengan lebih lanjut.
Amagiri Taisa
Amagiri Taisa adalah seorang ninja dari Puak Amagiri yang berasal dari Yumegakure dan merupakan anak kepada Gensui Amagiri. Dia adalah seorang ninja yang setia dan berazam untuk membalas dendam ke atas sahabat perjuangan dia serta ayahnya yang dianggap mati dalam kejadian serangan oleh Kyuubi palsu. Dia merupakan seorang yang cekal dan bersemangat tinggi. Dia juga dianggap ninja yang hebat jika dilihat pada umurnya kerana dapat menghasilkan serangan yang kuat.
Taisa adalah seorang remaja yang berambut perang, serta mempunyai beberapa tanda merah di mukanya. Dia juga memakai pakaian seakan - akan samurai, serta memakai alas kepala yang mempunyai lambang sabit berwarna kuning di atas nya. Taisa juga mahir dalam serangan menggunakan racun serta serangan tanpa menggunakan senjata. Taisa juga mempunyai teknik bertukar(Transformation technique) menjadi kumbang bertanduk yang dapat melepaskan serangan berbentuk kilat.
Setelah dia mengetahui bahawa ayahnya, Gensui Amagiri masih hidup, Taisa dan yang lain tidak dapat menerima kenyataan tersebut, setelah ayahnya keluar dari persembunyian, Taisa telah diminta untuk membunuh rakan seperjuangannya namun dia tidak sanggup berbuat demikian. Setelah itu, ayahnya telah menukarnya kepada Matatabi palsu dan dia telah ditewaskan oleh Naruto.
Pixel Art
Dalam melukis karakter Taisa Amagiri, saya akan mencari gambar reference supaya memudahkan saya untuk melukis karakter dalam berbagai - bagai posisi. Saya gunakan Youtube untuk mencari gameplay bagi Naruto Shippuden: Kizuna Drive bagi mencari gambar reference Taisa Amagiri. Seterusnya saya akan mula mencari posisi yang saya berkenan. Gambar di bawah adalah gambar reference yang saya sudah kumpulkan.
Berdasarkan gambar reference yang telah dibuat, saya akan mula membentuk posisi yang dikehendaki dengan menggunakan teknik 'silhouette'. Setelah itu saya akan mula membayangkan arah cahaya yang akan membentuk ke atas lukisan. Ketika berada di dalam proses ini saya tersilap menggunakan 'silhouette' bagi karakter Uchiha Sarada lalu mengambil yang agak lama untuk membetulkan pose bagi karakter Taisa Amagiri.
Seterusnya saya akan membentuk ciri - ciri yang terdapat pada karakter ini, seperti, alas kepala, baju samurai, aksesori bulan sabit, dan lain - lain. Setelah itu, saya akan mula mewarnakan karakter yang dilukis dan mula menetapkan arah cahaya yang terkena ke atas lukisan. Proses ini akan berulang - ulang sehingga lukisan yang dilukis tadi, selesai seperti mana yang dikehendaki oleh saya.
Chibi version of Amagiri Taisa |
Di sini juga saya sertakan, gambar proses lukisan pixel bagi karakter Amagiri Taisa:
Akan Datang..
Jadi untuk post seterusnya, karakter yang dipilih masih lagi dalam proses. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal dan juga kreatif. Jadi semoga anda terhibur dengan post kali ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik. See you next time!!
fuh.. tak reti TB nak lukis-lukis macam ni.. TB tak pandai .. tapi cayalah awak boleh lukis pixel art macam ni..
BalasPadamWow! Ini memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Rawlins takde langsung ketekunan dan kesabaran begini. Boleh buat kelas online nie untuk peminat-peminat.
BalasPadamzaza pun tak reti lukis2 mcm ni..tp salute la boleh buat hasil mcm ni..
BalasPadamBab bab lukis memang sy failed
BalasPadamPandainya buat macam ni. Nak try jugak la nanti
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
kreatifnya, pandai adik lukis. Akk tgn mmg tak berseni
BalasPadamKreatif sgt..pandai adik..kalau harap akak confirm x jadi. Tp anak akak sure jadi sebab dia minat melukis
BalasPadamsuperb !! seriously memerlukan kesabaran yang amat tinggi .. nanti nak try tunjuk kat anak bujang...harap dia minat la jugak..
BalasPadambest nya. thank you for the tips
BalasPadamwahh...terus tunjuk kat anak entri ni..die mmg minat lukis2 mcm ni
BalasPadamWahhh, ini memang nak kena tekun & sabar. Kalau orang yang tak sabar memang kesudahannya cepat give up.
BalasPadamBagi yang minat melukis dan lukisan pixel art pasti tertarik dengan artikel ni. Saya pun ada sorang kawan yang suka lukis watak2 animasi kartun ni. Memang salute sape yang pandai buat benda2 macam ni.
BalasPadamKreatif betul lah. Tak pandai nak lukis mcm ni, Tahap kesabaran kena tinggi.
BalasPadamWahhhh... Kretifnya. Info yang sangat bagus untuk orang yang nak belajar melukis dalam pixel art.
BalasPadamso cute!
BalasPadamyou really got the talent and very creative !
I for sure cannot do it !