Uchiha Izumi dari Naruto Shipudden



Hai seperti yang anda lihat atau baca tentang post yang lepas, blog ini adalah untuk saya melukis watak - watak yang ada dalam anime Naruto, Naruto Shippuden dan Boruto: Naruto Next Generation. Selain itu, saya jugak minat dalam melukis pixel art, jadi karakter - karakter yang ada dalam anime ni saya akan cuba lukis dalam pixel art. 

Uchiha Izumi


Jadi, siapa Uchiha Izumi ni, dia ni adalah seorang budak perempuan yang minat dekat Uchiha Itachi. Semasa Uchiha Itachi kecik, dia dalam dilema mencari erti apa maksud kehidupan, ketika di satu tempat permainan, Uchiha Izumi ni cuba untuk berkawan dengan Itachi, tapi Itachi tak layan, buat dont know je. Ketika kejadian Kyuubi menyerang Konoha, Izumi diselamatkan oleh Itachi dan membuatkan mereka berdua rapat. Sejak dari itu, banyak kejadian atau event yang membuatkan mereka rapat tapi still Izumi dilayan macam biasa je oleh Itachi. Salah satu kejadiannya adalah, di mana Izumi mendapat tahu rahsia bahawa Itachi ni suka kepada manisan walaupun Itachi ni nampak macam tak layan benda - benda macam ni, tapi still sikap yang ditunjukkan oleh Itachi membuatkan Izumi ketawa.


Pixel Art

Ok, dekat sini saya akan terangkan macam mana process saya lukis karakter Uchiha Izumi. Mula - mula sekali, saya cari reference watak Izumi ni, tapi malangnya kebanyakan gambar, gambar muka je ada, so, saya terpaksa cari alternatif lain, iaitu tengok anime Naruto la. Lepas dah siap tengok anime tu, inilah hasil yang saya dapat untuk dijadikan reference.

Uchiha Izumi Reference

Selepas dapat reference yang saya nak, saya mulakan melukis karakter Izumi, mula - mula, saya lukiskan bentuk pose untuk watak Izumi ni, haa~~ macam ni:


Kemudian saya cuba bayangkan punca cahaya, ,maksudnya saya cuba bayang dari mana arah cahaya matahari akan kena pada karakter ni. Bagi process yang ketiga ni, saya letak layer light yang pertama, kelabu gelap, lepas tu saya tambah layer yang kedua iaitu warna cerah, seakan - akan warna putih.




Akhir sekali, saya mula membentuk karakter serta letakkan warna yang sesuai untuk watak Uchiha Izumi seperti yang korang lihat dekat gambar kat atas sekali tu. Untuk pengetahuan korang, lukis pixel art ni atau mana - mana lukisan, kalau korang rasa, macam tak kena je, try lukis cara lain. Macam saya ni, yang ni hasil yang tak jadi:



Akan Datang..


Jadi untuk post seterusnya, saya masih lagi mengkaji karakter mana pulak untuk dilukis. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Jadi korang mungkin akan tengok post saya ni seminggu sekali. Selain itu, korang mungkin akan tengok lukisan pixel art yang saya post ada macam - macam style, sebabnya sesuatu lukisan mempunyai style dia masing - masing, bukan pixel art saja tapi seni lukisan yang lain juga. 

Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal yang kreatif melukis karakter, objek atau suasana dalam kanvas yang bersaiz kecik. Jadi semoga anda terhibur dengan post ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik. See you next time!!

0 ulasan:

Catat Ulasan