Bagaimana nak lukis Uchiha Sarada dari Boruto: Naruto Next Generation dalam pixel art


Hai korang semua!! macam mana hari korang hari ni?? OK k KO?? apa - apa pun semoga korang ceria - ceria selalu hendaknya, untuk hari ini kita akan tengok post tentang macam mana nak lukis karakter Uchiha Sarada dalam pixel art dari anime Boruto: Naruto Next Generation. Sebelum tu meh kita baca serba sedikit tentang siapa Uchiha Sarada ni.

Uchiha Sarada

Uchiha Sarada merupakan seorang ninja daripada Konohagakure. Dia adalah anak kepada Uchiha Sasuke dan satu - satunya pewaris kepada Puak Uchiha. Sarada dibesarkan dalam keadaan ayahnya tidak ada bersamanya, menyebabkan timbul perasaan ingin tahu tentang hubungan di antara ayah dan ibunya, Haruno Sakura. Setelah ibunya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, Sarada memulakan pencarian mencari ayahnya.

Dalam misi mencari ayahnya, dia mengikuti Uzumaki Naruto yang merupakan Hokage ke-7 dalam perjalanan menemui Uchiha Sasuke. Ketika dalam perjalanan, Uchiha Sarada bersama seorang lagi kawannya, ChoCho telah diserang tapi berjaya diselamatkan oleh Hokage mereka. Setelah bertemu dengan ayahnya dia berhasrat untuk menjadi Hokage supaya suatu hari nanti dia dapat menyelami hati semua orang di kampungnya.

Uchiha Sarada merupakan seorang yang baik hati dan berani, dia juga amat ditakuti oleh kawan - kawannya sekiranya dia dalam keadaan marah. Dia selalu berdebat dengan Uzumaki Boruto kerana sifat Boruto yang selalu terburu - buru. Dia selalu dilihat memakai cermin mata berwarna merah.

Pixel Art

Seterusnya kita akan lihat proses yang dilalui untuk melukis karakter Uchiha Sarada. Seperti biasa, gambar reference serta pemilihan posisi karakter diperlukan bagi memudahkan saya untuk melukis karakter - karkater ini. Banyak cara yang korang boleh buat untuk mendapatkan gambar reference bagi watak Uchiha Sarada. Sebabnya watak ini merupakan karakter yang banyak memainkan peranan dalam anime Boruto: Naruto Next Generation.


Gambar di bawah adalah gambar - gambar reference dan posisi karakter yang telah dipilih. Bagi setiap lukisan yang telah dilukis dalam post - post sebelum ini, saya telah memilih saiz kanvas yang berukuran 150 x 150 pixel. Saiz ini merupakan saiz yang agak besar, bagi korang yang baru nak belajar pixel art, korang disarankan untuk melukis di dalam kanvas yang bersaiz kecil, sekurang - kurangnya 8 x8 pixel.


Proses seterusnya dimulakan dengan melakar silhouette posisi yang saya pilih. Lakaran ini akan membantu saya melakar ciri - ciri yang terdapat pada karakter yang akan dilukis. Setelah itu, saya akan mulakan membentuk bahagian - bahagian yang terdapat pada karakter itu seperti muka, rambut, badan dan kaki. Apabila selesai membentuk bahagian - bahgian tadi, saya akan mula memperelokkan lukisan saya bermula daripada atas sehingga ke bawah. 

Tip: Elakkan menggunakan warna background putih ketika melukis.

Kenapa saya mulakan dari bahagian atas kerana, bagi saya wajah karakter memberi impak yang besar ke atas sesuatu lukisan. Dalam proses melukis watak ini, saya mempunyai kesukaran dalam menentukan ketinggian karakter, jadi saya terpaksa mengubah ketinggian karakter bagi menampakkan bahawa karakter ini mempunyai bentuk badan yang ramping. Proses ini dari awal hingga ke akhir akan berterusan sehinggalah saya berasa selesa dengan lukisan yang dilukis.

Gambar di bawah menunjukkan proses melukis yang saya lalui bagi melukis karakter kali ini iaitu, Uchiha Sarada:


Akan Datang...

Jadi untuk post yang akan datang, saya sudah ada list karakter yang nak dilukis. Kalau korang ada karakter Naruto yang korang nak saya lukis, korang boleh komen di ruang komen di bawah dan saya akan cuba post tentang karakter berkenaan. Gambar di bawah adalah gambar Uchiha Sarada dalam versi chibi, sebagai hadiah untuk korang guna dalam website korang. Kalau korang nak tahu perkembangan blog saya dengan lebih cepat, korang boleh je klik butang 'Follow' dekat sebelah kanan blog ini. Hihihi

Jumpa lagi untuk post yang akan datang!!

28 ulasan:

  1. Cantik lukisan awak..suka tgk.. Sblm ni pnh try bljr melukis tp pakai illustrator.. Tak berapa nak menjadi sebab tangan tak berapa berseni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih,.suka saya orang suka tengok lukisan saya

      Padam
  2. kalau pandai lukis-lukis nu dah boleh buat komik ni.. TB pernah gak gatal tangan lukis guna AI tapi kejap je dah malas.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun pernah gak pakai AI, tapi dah lama tak guna dah tak ingat dah

      Padam
  3. terima kasih untuk tutorial lukisan ni.. dapat ilmu baru

    BalasPadam
  4. Siapa yg suka melukis boleh lah belajar dr sini. Macam Ana tangan tak berseni takat lukis org lidi je yg lepas. By the way Comel lukisan2 atas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih,.saya dulu pun start lukis orang lidi jugak sampai sekarang still lagi lukis orang lidi, hahaha

      Padam
  5. Rajinnya dia melukis, haha. Dulu zaman belajar kita rajin gak. Now dah kerja takde masa sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau akak ada apa2 suggestion, saya alu - alukan

      Padam
  6. Yup betul, apa2 lukisan perlu bermula dengan kepala.. basic memang macam tue

    BalasPadam
  7. Wahh pandainya dia melukis! Kalau ciktie hehe memang tak dapat la. Tapi ciktie suka tengok orang melukis. Anugerah terindah yang tidak semua orang ada

    BalasPadam
  8. hebatnya. terer la awak melukis, kagum betul. Tak ramai org ada anugerah mcm ni. keep it up

    BalasPadam
  9. memang berbakat, boleh lukis karakter sendiri dan buat komik

    BalasPadam
  10. Ni lukis guna mouse ke? Wuwuwuwu hebat. Kalau akak lukis guna pixel art dah jd lain dah. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah,.saya lebih suka lukis pakai mouse, daripada tablet,.lagi senang bagi saya.

      Padam
  11. Huhu. Akak memang zero bab lukisan. Hebat sgt awak ni

    BalasPadam
  12. Wahhh terbaik n kreatif lee. Anak sis memang suka melukis, nanti nak suh dia tengok ni lah...thanks for sharing ya

    BalasPadam
  13. Bagus dan rajin sangat. Kalau Rawlins memang dah jadi rupa watak lain dah. Hehe

    BalasPadam
  14. Eh, terjumpa blog tulis pasal naruto lah! Husband mesti suka ni.

    BalasPadam
  15. Cantik.. E ni tak kreatif nak buat lukisan 😂

    BalasPadam
  16. I dont know how to draw lol. your drawing is nice

    BalasPadam
  17. Wah lah your drawing I wish I can draw like you. Super creative..very talented and thanks for sharing the tips how to draw!

    BalasPadam
    Balasan
    1. You can, if you want I can help you do that, huhuhu

      Padam
  18. Wah pandainya..
    Kita kalau guna pc nk.lukis2 ni.mmg fail...
    Guna tangan boleh lagi la

    BalasPadam