Bagaimana nak lukis Towa dari Naruto: Clash of Ninja Revolution 2 dalam pixel art

Towa dari Naruto: Clash of Ninja Revolution 2


Hai !! Macam mana cuti hujung minggu, best tak ?? Ok untuk post kali ini kita akan baca tentang karakter Towa dari permainan video Naruto: Clash of Ninja Revolution 2. Watak Towa dikeluarkan eksklusif dalam permainan video sahaja, dia tak diterbitkan dalam mana - mana anime Naruto. Towa merupakan ninja dari Konoha dan ahli Anbu Konoha. Walaupun Towa nampak agak kerek sikit, dia merupakan seorang yang setia  dan sentiasa berusaha untuk melindungi Konoha dari ancaman musuh. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang sangat suka bertempur.

Towa

Watak Towa mula diperkenalkan di awal permainan, yang mana setelah selesai menjalankan misi bersama rakannya, Komachi mereka terserempak dengan 2 ninja pelarian(missing-nin) berdekatan dengan Konoha. 2 ninja pelarian ini mendiamkan diri apabila ditanya menyebabkan Towa dan Komachi menyerang mereka supaya mereka bercakap. Walaupun kalah dalam pertempuran, ninja pelarian ini tetap mendiamkan diri dan mengambil keputusan melarikan diri.

Melihat tindakan yang diambil oleh ninja pelarian itu, Towa dan Komachi bertindak mengejar mereka sampai ke satu kampung yang sedang terbakar. Terkejut dengan apa yang dilihat mereka, mereka pulang ke Konoha dan melaporkan bahawa terdapat satu kampung yang musnah dan penduduk di situ saling berbunuhan antara satu sama lain.

Pixel Art

Perkara yang perlu diingati adalah membuat satu reference image untuk sesuatu lukisan. Seperti yang anda lihat, karakter Towa merupakan watak yang dihasilkan khas untuk permainan video, oleh itu, reference image yang boleh dicari adalah terhad. Cara yang anda dapat ambil adalah dengan melihat video gameplay daripada Youtube. Gambar reference yang anda lihat di bawah ini, diambil daripada Youtube serta carian Google.



Kenapa reference image merupakan aspek penting dalam pixel art adalah kerana gambar ini membantu anda dalam melukis karakter dalam perspektif yang berlainan.

Setelah selesai dengan reference image, korang boleh mulakan dengan membentuk posisi atau pose lukisan yang anda minat, bentuk yang anda lihat di bawah ini adalah di ambil berdasarkan posisi daripada gambar ini.

Towa reference image


Towa image process


Kemudian kita boleh mulakan dengan punca cahaya yang akan terkena ke atas karakter yang kita akan lukis. Seperti biasa yang dilakukan dalam post sebelum ini, saya letakkan 2 lapisan cahaya yang menyinari karakter Towa, lapisan cahaya yang pertama menggunakan warna yang lebih cerah daripada warna asal dan lapisan kedua lebih cerah daripada warna tadi.

Towa image process


Selepas kita dah siap tentukan bahagian mana yang kena cahaya, bahagian mana yang gelap anda tentu terfikir apasal la kena buat ni semua? jawapannya kerana proses ini membantu anda dalam membentuk karakter tersebut, jadi karakter anda tak la nampak flat je. Jadi kita teruskan dengan membentuk pulak bahagian - bahagian badan Towa.

Dalam proses seterusnya, saya suka mulakan dari bahagian muka kemudian bahagian dada termasuk tangan dan lepas tu baru siapkan bahagian lain. Bagi karakter kali ini, Towa memakai topeng, jadi senang kita dah tak susah - susah macam mana nak lukis mata, hidung dan mulut dia. Untuk post kali ini, bagi saya, bahagian yang amat rumit untuk dilukis adalah kunai di paha Towa, macam mana saya nak pastikan kunai yang dilukis tidak nampak terlalu besar. Di bawah ni saya letakkan gambar gif bagi proses melukis karakter Towa.




Akan Datang..

Jadi untuk post seterusnya, saya masih lagi mengkaji karakter mana pulak untuk dilukis. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Jadi korang mungkin akan tengok post saya ni seminggu sekali. Selain itu, korang mungkin akan tengok lukisan pixel art yang saya post ada macam - macam style, sebabnya sesuatu lukisan mempunyai style dia masing - masing, bukan pixel art saja tapi seni lukisan yang lain juga. 

Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal yang kreatif melukis karakter, objek atau suasana dalam kanvas yang bersaiz kecik. Kalau korang nak tengok post karakter sebelum ni pun boleh. Jadi semoga anda terhibur dengan post ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik. See you next time!!



18 ulasan:

  1. Rajinnya buat kartun macam ni saya tak kreatif hehehehe..

    BalasPadam
  2. Oooo macam tu lukis pixel art. Tak sangka rajin betul lukis pixel by pixel... Ni pakai software apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai graphicsgale, lukisan ni kecik je,.150 x 150 pixel,.pixel art semakin meningkat naik, sbab ramai indie game developer nak pakai game assest yang kurang kos dan cantik.

      Padam
  3. Dulu suka juga melukis kartun tapi sekarang dah kurang. Rasa berminat pula dengan seni lukisan piksel ni. Nampak awesome!

    BalasPadam
  4. this is good, always wanna know how it works.

    BalasPadam
  5. Wah info menarik ni dan sangat kreatif. Akak minat naruto ni tau sampai skrg. Btw nice sharing. Moga dimurahkan rezeki selalu ya 😊

    BalasPadam
  6. Good info. Siapa yang kretif dan minat melukis tu boleh lah follow ni ☺

    BalasPadam
  7. Laaaaaa mcm tu ke guna pixel art. Haihhh rajinnya awak. kreatif sgt²

    BalasPadam
  8. Ni kalau anak sis tgok ni suka lah dia ni. Kena tunjuk gan dia ni..hehehe

    BalasPadam
  9. Saya tak minat melukis tapi suka tengok orang melukis. Memang berseni dan kreatif. Boleh inform kat cousin ni, sebab dia suka lukis katun.

    BalasPadam
  10. Wah kreatif. Saya sampai skrg xreti guna pixel

    BalasPadam
  11. Dasyat nie.. Sorry kita dah xsekreatif macam zaman kecik2 dulu... Now tulisan sendiri pun, doktor tak boleh nak baca inikan pula nak melukis...

    eh.. lukis pakai mouse kan?

    BalasPadam
  12. Wow! Kagum dengan ketelitian dan kerajinan nie. Teruskan minat sebegini - boleh buat duit kelak

    BalasPadam
  13. Wow! Saya mmg tak boleh buat art mcm ini. Design poster biasa boleh la nak buat anime atau pixel lain Kali la... Anak nanti bising kena jaga lolx tapi mmg senang guna Cara tips yg anda bagi

    BalasPadam
  14. Kreatifnya. Akak tak reti la guna software ni semua. Tak jadi orang. Kartun apatah lagi. Hahaha. Reti lukis bunga aje. hahaha. Well done! Teruskan minat ini tau. Dont stop!

    BalasPadam