Bagaimana nak lukis Might Duy dari Naruto Shippuden dalam pixel art

Might Duy pixel art


"Seseorang perlu yakin pada diri untuk mencapai sesuatu yang diingini" - ini adalah moto hidup Might Duy, iaitu ayah kepada Might Guy. Bagi post kali ini, kita akan cuba lukis watak Might Duy yang merupakan seorang ninja dari Konoha. Jom kita tengok!!

Might Duy

Watak Might Duy mula ditayangkan dalam episod 418 dalam anime Naruto Shippuden. Dia merupakan seorang ninja berpangkat Genin. Might Duy menghabiskan sepanjang karier dia sebagai seorang Genin yang menyebabkan dia mendapat gelaran "Mennin Genin", iaitu Genin Sepanjang Hayat.

Walaupun diberi gelaran sebegitu rupa, dia tetap positif dan optimis dalam kehidupan dia, Might Duy percaya keremajaan seseorang akan hilang apabila mereka berpaling daripada kepercayaan dan keseronokan mereka. Apabila Might Guy, anak beliau tidak dapat masuk ke dalam Ninja Academy dia terus menerus memberi kata semangat kepada Guy supaya berusaha lebih gigih lagi.

Setelah Guy diterima masuk ke Ninja Academy, Might Duy masih lagi menyuruh Guy menambah latihan yang dilakukan. Walaupun dicemuh oleh orang sekeliling, Might Duy masih lagi berfikiran positif dan menganggap itu satu sokongan untuk berusaha lebih lagi. Selama 20 tahun menjadi ninja berpangkat Genin, Might Duy telah berjaya menghasilkan satu jurus ninja, iaitu, Eight Inner Gate.

Beliau mengajar Guy bagaimana untuk mempelajari Eight Inner Gate, dan meletakkan peraturan yang ketat dalam mengaktifkan jurus ini. Ketika Might Guy dan kawannya dikepung oleh 7 Ninja Swordmen( 7 Ninja Pedang) Duy datang menyelamatkan mereka dan mengaktifkan Eight Inner Gate serta berjaya membunuh 4 orang daripada kumpulan tersebut. Might Duy telah terkorban ketika menyelamatkan Guy, sejak dari peristiwa itu, Might Guy kagum dengan ayahnya serta meneruskan moto hidup ayahnya dalam kehidupan dia.

Pixel Art

Seperti post - post yang lepas, langkah yang pertama sekali saya ambil adalah dengan membuat reference image, dengan ini, saya akan faham lebih jelas tentang watak atau karakter yang dibawa oleh Might Duy. Caranya adalah dengan menonton anime Naruto ataupun korang boleh juga cari dalam Google Search Engine, lepas tu, saya akan pilih scene atau situasi yang menunjukkan ciri - ciri karakter Might Duy, contohnya, rambut, baju, seluar, kasut dan lain - lain lagi.


Might Duy reference image


Selepas dah dapat reference image yang saya nak, saya proceed to the next step, iaitu lakaran kasar. Dalam proses melakar, saya gunakan kaedah silhouette yang saya warnakan dengan warna hitam. Sebelum terlupa, bagi post kali ini, saya menggunakan gambar seperti di bawah bagi melukis pose untuk karakter Might Duy. Kemudian, saya tetapkan punca cahaya yang akan digunakan bagi membezakan antara bahgian yang cerah dan bahagian yang gelap.

Might Duy reference pose


Selepas dah siap bahagian lakaran kasar, saya teruskan pulak ke proses melukis ciri - ciri karakter Might Guy, dalam proses ini, pertama sekali saya lukiskan bentuk mata, kerana melukis mata membantu saya membentuk ciri - ciri yang lain antaranya rambut, misai, janggut dan bahagian lain sekitarnya. Gambar yang diambil bagi melukis pose karakter Might Duy membantu saya dalam menentukan posisi scarf, kedutan baju, bentuk kasut serta badan dan tangan dia. Gambar gif di bawah menunjukkan langkah dari proses lakaran hingga proses membentuk.


Might Duy sketching process



Selepas dah siap proses membentuk, sampailah kita ke proses terakhir, iaitu, proses mencantikkan. Dalam proses ini, saya akan membaiki garisan - garisan yang tak cantik, warnakan tempat yang ada bayang - bayang serta membaiki bentuk - bentuk badan yang nampak pelik. Dalam proses ini, saya tukar tangan kiri yang terbuka dengan tangan yang menggenggam. Jadi, kalau korang rasa ada bahagian yang nak ubah, jangan segan silu, ubah je, hehehe. Jadi itulah keseluruhan proses yang saya lakukan dalam melukis watak - watak dalam anime Naruto.


Might Duy overall process


Akan Datang..

Jadi untuk post seterusnya, saya masih lagi mengkaji karakter mana pulak untuk dilukis. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Jadi korang mungkin akan tengok post saya ni seminggu sekali. Selain itu, korang mungkin akan tengok lukisan pixel art yang saya post ada macam - macam style, sebabnya sesuatu lukisan mempunyai style dia masing - masing, bukan pixel art saja tapi seni lukisan yang lain juga.

Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis terkenal yang kreatif melukis karakter, objek atau suasana dalam kanvas yang bersaiz kecik. Jadi semoga anda terhibur dengan post ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik. 

Jadi semoga apa yang korang baca dalam post di atas dapat membantu korang dalam melukis pixel art. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau cadangan yang korang nak berikan, korang boleh tulis dalam komen di bawah.

0 comments:

Catat Ulasan