Bagaimana nak lukis Gantetsu dari Naruto dalam pixel art

Gantetsu from Naruto
Hello semua!! macam mana keadaan korang ? kali ini kita akan tengok satu karakter yang bernama Gantetsu dari anime Naruto. Jadi untuk tahu lebih lanjut jom kita baca tentang watak ini dalam bab seterusnya.

Gantetsu

Karakter Gantetsu mula ditayangkan dalam anime Naruto pada episod 209. Dia merupakan seorang ninja pelarian (missing - nin) dan merupakan ahli kumpulan penjahat yang bernama Shinobazu. Kumpulan penjahat ini beroperasi di dalam Land of Forest dan mereka menyerang penduduk di kawasan itu dan membunuh semua ahli keluarga mereka bagi mengelakkan sebarang balas dendam.

Ketika berada di dalam kumpulan tersebut, Gantetsu mula timbul perasaan bersalah di atas setiap perbuatan yang telah mereka lakukan, oleh itu, dia telah berusaha menyelamatkan kanak - kanak yang mereka serang secara sembunyi - sembunyi. Walaubagaimanapun, kehilangan ibu bapa yang dihadapi oleh kanak - kanak ini akan memberi kesan yang mendalam kepada mereka, atas sebab itu dia berhasrat untuk menamatkan operasi yang dilakukan olem kumpulan Shinobazu.

Gantetsu telah menyembunyikan setiap kanak - kanak yang dia selamatkan di dalam hutan, dan mencuri harta kumpulan Shinobazu bagi tujuan menyara mereka semua. Setelah itu, dia membuatkan ahli kumpulannya  menyangka bahawa dia telah ditangkap dan membuatkan mereka mencari dia bagi mengetahui lokasi harta yang disimpannya. Dia berhasrat dengan berbuat demikian, ahli kumpulannya yang lain akan ditangkap dan operasi kumpulan Shinobazu dapat ditamatkan. Walaubagaimanapun, dia tahu bahawa dia tidak akan dapat menebus semua jenayah yang telah dia lakukan.

Gantetsu mempunyai badan yang tegap dan sasa, dia mempunyai rambut yang berwarna hitam dan mata yang berwarna kelabu. Gantetsu mempunyai tenaga yang kuat sehingga dia dapat membengkok dua batang besi dalam satu - satu masa. Dia juga mempunyai daya arah yang tinggi, dia dapat mengetahui selok belok di dalam hutan.

Pixel art

Dalam proses melukis pixel art bagi watak Gantetsu, saya mula mencari gambar - gambar reference bagi karakter ini. Cara yang paling cepat sekali ialah melalui  carian Google, selain itu anda boleh juga cari gambar reference melalui siaran anime Naruto. Selepas saya dapat apa yang saya nak, saya mula mencari pose - pose karakter yang sesuai. Setelah itu saya mula melukis posisi yang telah saya tentukan.

Gantetsu reference image
Setelah selesai melukis posisi karakter, saya tentukan arah cahaya yang akan menimpa ke atas karakter yang dilukis. Ini penting supaya pencahayaan ke atas karakter menjadi serasi. Kemudian, saya akan melukis bahagian - bahagian badan karakter kepala, tangan, kaki, dan lain - lain. Seterusnya, saya akan mula melukis bahagian - bahagian yang kecil, saya mulakan dari bahagian kepala, dari situ saya akan lukis rambut, mata, hidung dan mulut, selain itu saya akan terus warnakan bayang - bayng bagi bahagian tersebut.

Setelah selesai bahagian kepala, saya teruskan ke bahagian badan, tangan dan akhir sekali ke bahagian kaki. Bagi bahagian kaki, posisi yang saya pilih amat mencabar, di sini saya mengambil bahagian yang lama untuk mendapat posisi yang betul. Di bawah saya letakkan proses penghasilan karakter Gantetsu dari anime Naruto.


Gantetsu process image

Akan datang

Bagi lukisan yang akan datang, saya masih mencari karakter yang hendak dilukis. Pixel art boleh dilukis dengan berbagai gaya. Lukisan seterusnya mungkin akan mengambil masa seminggu atau lebih. Jadi jumpa korang dalam post yang akan datang!!

0 comments:

Catat Ulasan