Bagaimana nak lukis Kitane dari Naruto Shippuden dalam pixel art


Kitane from Naruto Shippuden

Hai !!! Berapa lama dah ni tak post ?? Sorry korang so busy la. Tapi xpe, kita baca post untuk kali ini dulu. Kalau korang ada nak tanya apa - apa boleh tanya dekat comment ok. Jadi kali ini post tentang Kitane dari anime Naruto Shippuden, jom baca!!

Kitane


Kitane merupakan satu watak dari anime Naruto Shippuden, watak Kitane mula ditayangkan pada episod 66. Dia adalah salah satu daripada anggota 12 Ninja Pelindung(12 Guardian Ninja) yang bersumpah untuk melindungi pemerintah Negara Api (Land of Fire). Mayat Kitane telah dicuri oleh Pencuri mayat, dan telah digunakan oleh Pencuri Mayat untuk dijadikan sebagai boneka. Dia merupakan kawan seperjuangan kepada Sarutobi Asuma. Kitane merupakan seorang ninja yang berhati - hati dan teliti, dia tidak akan melakukan sebarang serangan tanpa pengamatan yang mendalam terhadap situasi yang berlaku. Kitane mempunyai rambut yang berwarna coklat dan memakai jacket berwarna biru, dan selalu dilihat bersama tongkat besi kepunyaannya. Tongkat besinya digunakan sebagai senjata yang dapat mengalirkan arus eletrik.

Pixel Art

Bagi melukis watak Kitane, saya akan mencari gambar reference yang dirasakan sesuai dengan watak Kitane. Selepas itu, saya akan mula mencari pose - pose yang menarik dan seterusnya saya akan mula melakar posisi yang telah ditetapkan. Bermula dari situ, saya akan tentukan arah cahaya yang akan terkena ke atas watak yang dilukis, cara ini dapat membantu si pelukis untuk menentukan arah bayang yang akan dilukis.

Kitane's reference image


Selepas selesai melukis posisi dan penentuan arah cahaya, saya akan mula membentuk ciri - ciri yang terdapat pada watak seperti rambut, baju, seluar, aksesori, tongkat dan lain - lain. Selepas itu, saya akan mengemaskan lukisan, saya akan bermula dari atas sehingga ke bawah kerana bahagian atas merupakan bahagian yang senang. Dalam proses melukis watak Kitane, proses yang memakan masa adalah ketika mahu melukis bahagian wajah Kitane, kerana ruang wajah yang begitu kecil.

Setelah selesai mengemas lukisan, saya akan mula menentukan bayang - bayang yang terdapat pada watak, proses ini akan berterusan sehinggalah saya rasa berpuas hati dengan lukisan itu. Gambar di bawah adalah proses saya melukis watak Kitane.

Kitane's drawing process


Akan Datang..

Jadi untuk post seterusnya, saya sedang tengok karakter mana pulak untuk dilukis. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Jadi korang mungkin akan tengok post saya ni seminggu sekali. Selain itu, korang mungkin akan tengok lukisan pixel art yang saya post ada macam - macam style, sebabnya sesuatu lukisan mempunyai style dia masing - masing, bukan pixel art saja tapi seni lukisan yang lain juga. 

Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal yang kreatif melukis karakter, objek atau suasana dalam kanvas yang bersaiz kecik. Jadi semoga anda terhibur dengan post kali ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik.

Note:
[Open for commission]
- 150 x 150 px (characters only)
- $ 40
- Pay Pal only

0 comments:

Catat Ulasan