Bagaimana nak lukis Menteri Jahat dari Tanah Teh dalam pixel art


Evil minister pixel art

Hello korang!! macam mana hari ini ?? Semoga ceria - ceria selalu hendaknya, hari ini admin kena masak ikan singgang dengan ikan goreng, jadi petang nanti kita tengok rasa dia macam mana, hahaha. Baiklah untuk kali ini kita akan tengok post tentang Menteri Jahat dari Tanah Teh(Land of Tea) dalam anime Naruto. Haa kalau nak tahu siapa dia ni, korang kena baca sampai habis la post kali ini, semoga korang terhibur.

Menteri Jahat dari Tanah Teh

Watak Menteri Jahat adalah seorang tua, dan mempunyai rambut berwarna perang serta mempunyai misai yang ciput. Dia memakai topi kecik berwarna gelap dengan tali putih yang diikat di bawah dagunya.

Watak Menteri Jahat disiarkan di dalam anime Naruto pada episod yang ke-102, ketika pertandingan berlangsung di antara Keluarga Wagarashi dan Keluarga Wasabi bagi menentukan siapa yang berkuasa di atas kawasan bandar mereka. Dia berpakat dengan Keluarga Wagarashi supaya Keluarga Wagarashi dapat terus berkuasa di bandar itu. Di akhir episod, kesalahan Menteri Jahat telah dibongkarkan oleh pemerintah Tanah Teh(Tea Daimyo), dia telah disabitkan kesalahan menerima rasuah dan menipu bagi memberi kemenangan kepada Keluarga Wagarashi.

Dalam episod ini, kemenangan telah berpihak kepada Keluarga Wasabi yang diwakili oleh Idate Morino. Keluarga Wasabi telah diberi kuasa untuk memerintah bandar mereka.

Pixel Art

Seperti biasa, bagi melukis sesuatu watak, saya akan cari gambar reference bagi watak. Kali ini, reference bagi watak Menteri Jahat diambil daripada anime Naruto. Jadi saya tengok anime Naruto, dan buat screenshot bagi watak Menteri Jahat ni. Selepas itu, saya akan mula mencari posisi yang akan saya gunakan untuk melukis watak ini. Korang boleh lihat gambar reference yang telah saya buat dalam gambar di bawah.

evil minister reference image

Setelah ditentukan posisi yang dikehendaki, saya akan mula melukis dan seterusnya menentukan arah cahaya yang akan menimpa ke atas watak yang dilukis. Apabila siap lakaran kasar yang dibuat, saya akan mula membentuk ciri - ciri yang terdapat pada watak Menteri Jahat seperti, topi, rambut, muka, jubah, kain dan lain - lain. Proses ini membantu saya menentukan lukisan akhir bagi watak yang dilukis. Sekiranya saya tidak berpuas hati dengan lakaran awal tadi, jadi saya akan mula balik dari awal.

Apabila saya sudah berpuas hati dengan lakaran kasar yang dibuat, saya akan mula mengemas lukisan bermula dari kepala sehingga ke kaki, kalau korang nak mula dari bawah pun boleh, atas keselesaan masing - masing. Setelah selesai proses ini, maka bermulalah proses menentukan arah bayang ke atas lukisan yang dilukis. Jadi proses ini, akan saling berulang - ulang sehinggalah saya berpuas hati dengan lukisan akhir.

Saya telah sediakan proses lukisan ini dibuat dalam gambar di bawah, semoga korang terhibur !!

evil minister process image

Akan datang

Bagi lukisan yang akan datang, admin masih mencari karakter yang hendak dilukis. Pixel art boleh dilukis dengan berbagai gaya. Lukisan seterusnya mungkin akan mengambil masa seminggu atau lebih. Jika korang terhibur dengan post kali ini, cuba la korang share dekat member - member mana tahu diorang suka baca post ni. Jadi jumpa korang dalam post yang akan datang, Cheers !!

8 ulasan:

  1. perghh...mengancam betul aplikasi pixel art ni...nanti Sal share dengan kawan yang suka melukis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha terima kasih,.Saya dah try komen dekat blog akak,.tapi kenapa ada 'error'??

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih kak,.Banyak tips yang berguna dekat blog akak, cuma belum sempat nak try semua,.hehe

      Padam
  3. menarik juga pixel art ni. lukisan jadi lain daripada yang lain. nak try jugak la nanti.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pixel art ni satu medium luksian digital, jadi setiap artis ada style tersendiri, jadi kalau akak berminat, saya boleh tolong sikit sikit.

      Padam
  4. Awh what an interesting way of doing digital drawing. Always wanted to learn but haven't had the time.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Well if you want to jump into pixel art, you know where to find me =)

      Padam